SACRAMENTO : Satu kajian baharu menunjukkan hampir 300,000 nyawa boleh diselamatkan dalam tempoh 10 tahun akan datang jika kesemua 50 negeri di Amerika Syarikat mengamalkan undang-undang kawalan senjata api seperti di California, lapor Xinhua.
Kajian yang dikeluarkan pada Jumaat oleh Everytown for Gun Safety, sebuah organisasi tidak berasaskan keuntungan yang berpangkalan di New York menyokong kawalan senjata, menilai pelaksanaan undang-undang senjata api di setiap negeri dan membuat perbandingan dengan kadar keganasan senjata api.
Laporan itu menyenaraikan California sebagai negeri teratas dalam pelaksanaan undang-undang senjata api dengan skor 89.5 daripada 100 - tertinggi berbanding semua negeri.
Negeri itu juga mempunyai kadar kematian akibat senjata api yang rendah iaitu 8.7 bagi setiap 100,000 penduduk, walaupun ia merupakan negeri paling ramai penduduk.
Sebaliknya, Arkansas menduduki tempat terakhir kerana kelemahan pelaksanaan undang-undang senjata api dengan skor tiga daripada 100.
Negeri ini mempunyai kira-kira satu pertiga belas daripada penduduk California, tetapi kadar kematian akibat senjata api sekitar 22.1 bagi setiap 100,000 penduduk.
"Negeri yang melaksanakan undang-undang kukuh menyaksikan keganasan senjata api yang rendah," menurut laporan.
Walaupun 12 negeri telah menguatkuasa undang-undang senjata api mereka dalam beberapa tahun kebelakangan ini, 26 negeri lain telah membuat "keputusan berbahaya untuk memansuhkan keperluan permit membawa senjata," menurut laporan itu.
Para penyelidik menyenaraikan lima undang-undang asas yang telah terbukti paling berkesan mengurangkan keganasan senjata api dan semuanya dilaksanakan di California.
Undang-undang itu termasuk keperluan pemeriksaan latar belakang atau permit untuk membeli senjata api; permit untuk membawa senjata di khalayak ramai; penyimpanan senjata api yang selamat; penolakan undang-undang "Stand Your Ground"; dan penggubalan undang-undang "risiko melampau" dengan tidak membenarkan akses senjata api apabila terdapat bukti ia menimbulkan risiko serius kepada diri sendiri atau orang lain buat sementara waktu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 06 2024
Arkansas menduduki tempat terakhir kerana kelemahan pelaksanaan undang-undang senjata api dengan skor tiga daripada 100. - Gambar hiasan
Apa itu Nakba? Ini 7 fakta berdasarkan rekod PBB dan 6 fakta dijana AI
Tulisan ini mengandungi tujuh perkara anda perlu ingat mengenai malapetaka Nakba, dan enam lagi kesimpulan mengenai Nakba yang dihimpun oleh kecerdasan buatan (AI).
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
KKM keluar 4,133 kompaun kesalahan merokok bernilai RM1.02 juta
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan 4,133 kompaun bernilai RM1.02 juta sepanjang April lepas atas kesalahan merokok.
PM arah tanam semula 100 pokok baharu ganti setiap pohon ditebang
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh untuk menanam semula 100 pokok baharu bagi menggantikan satu pohon yang ditebang.
PM cadang pertimbang tahanan rumah Najib selepas kes 1MDB selesai
Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selesai.
Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Belia perlu ada integriti, harga diri, maruah - Adam Adli
Jumlah jawatan bagi ST1 2024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
Kuat kuasa undang-undang senjata di AS: Hampir 300,000 nyawa boleh diselamatkan dalam tempoh sedekad
Everytown for Gun Safety menilai pelaksanaan undang-undang senjata api di setiap negeri dan membuat perbandingan dengan kadar keganasan senjata api.
Serangan pengganas Christchurch: Suspek beli senjata api dari laman web
"Pihak kami tidak mengesan apa-apa yang luar biasa mengenai suspek itu yang memiliki lesen," kata Pengarah Urusan Gun City.